Kuiz Keselamatan Internet SKSL

19 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

18 Februari 2020 - Kuiz ini memberi penekanan mengenai jenayah siber yang tanpa disedari semakin berluasa dalam kalangan masyarakat. Taklimat diadakan bersempena Program Minggu Pusat Sumber Sekolah SKSL.Aplikasi Stracrh digunakan untuk kuiz.

Antara intipati kuiz ini ialah :

 Pelajar perlu meneka dan menyesuaikan Jenis dan kategori penipuan dalam talian.
Kuiz berlansung di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui selama tiga jam bermula dari 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.Kuiz ini disertai seramai 105 orang pelajar. Tujuan utama kuiz ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan sikap berhati-hati apabila menggunakan rangkaian talian telefon mahupun internet untuk mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali